Episod 3 Tuan Anas Mikael. Sambungan kisah di Episod 2. Hehe... Alia dan Ain dah tidur. So, masa untuk aku marathon tengok drama tv. Habis je episod 5 Aku, Kau, Kita... di tv3. Sambung pulak drama Tuan Anas Mikael di Astro Ria. Sambung kisah Afra ke office Tuan Anas dan terjumpa pulak Cik Ayu. Mereka berbalah... Akhirnya penampar singgah di pipi Ayu sehingga menyebabkan Ayu pengsan. Actually, Afra adalah cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Iaitu anak kepada Dato' Azhar. Dato' Azhar pun anak angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina... Adik-beradik kepada arwah ayah Ayu. Cumanya Ayu still tak tau. Yelah... Perkahwinan Cik Su dan Aiman tak direstui oleh Tun Akhiruddin... Sehingga dia anggap ayah Ayu bukan anaknya lagi.

Kemudian Tuan Anas bawak Afra pergi lunch... Agak dinginla Tuan Anas terhadap Afra. Tak habis makan Tuan Anas terus balik office bawak tapau untuk Cik Ayu. Dalam dok makan... Ayu terdengar Cik K... Iaitu PA Tuan Anas menyebut nama Tun Akhiruddin. Terus dia macam curious di situ...

Sumber gambar daripada google image

Balik rumah... Dia terus tanya dengan Cik Su. Tapi malang, ibunya tak nak bercerita tentang keluarga ayahnya. Malamnya pulak... Ayu try mencari info mengenainya ayahnya di google. Tapi diganggu oleh Tuan Anas kononnya baru balik dari berkebun.

Paginya pulak... Pepagi lagi Ayu dah kena belajar memasak dengan Chef Wan. Then... Belajar kereta. Huhu... Banyak benau tugas Cik Ayu yer. Serupa tugas bini pulak dah. Haha...

Nanti... Sambungan ceritanya di episod 4 Tuan Anas Mikael ok. Aku tengok sampai Cik Ayu kena belajar kereta je malam tu... Ain... Tetiba bangun nak menyusu... Tu yang tak habis. Huhu...

Biasalah ada anak kecik. Takde maknanya nak fokus bab-bab menonton tv. Bukan kat tv je boleh iklan... Penonton pun apa kurangnya... Ada je yang nak kena buat kan... Tapi serius, drama Tuan Anas Mikael memang best.